KRS SMTPJB 2010




ALBUM KAWAD KRS 2010

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS DAERAH JB

Tahniah Putera KRS SMTPJB !! Tempat ketiga daripada 7 pasukan. Anda memang hebat. Kali pertama menyertai pertandingan dan berjaya mendapat tempat !!



Latihan Kawad...




Ahli KRS Tingkatan 4 2009 sedang menjalani latihan kawad..


Kenali Kadet Remaja Sekolah SMTPJB...


KADET REMAJA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU
TAHUN 2009






PENGENALAN KRS

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks  Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ). Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) ditubuhkan di semua sekolah menengah seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. 

RASIONAL 

1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. 
2. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan pelajar sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng  sekolah, budaya lepak dan juvana. 
3. Memenuhi inspirasi dan permintaan  masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
 
PENGERTIAN LOGO KRS

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

PENGERTIAN BENDERA

Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa   depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. 

Cogan kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’ 

ILMU   : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. 
IMAN   : Keimanan yang mendalam merupakan asas    pembinaan diri. 
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya   hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada    kekuatan intelektual dan disiplin diri

LAGU RASMI KRS

Kadet Remaja Sekolah 
Menuju satu ikatan bersaudara 
Bersatu menjulang keamanan negara 
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal   

Marilah kita membina peribadi 
Membentuk insan yang kreatif 
Ke arah kecemerlangan diri 
Sepanjang masa yang berterusan   

Remaja , sambutlah cabaran 
Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang 
Remaja berwawasan 
Jangan kita lupa kepada pencipta   

Remaja , hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal 
Kekalkan di hati , dan jiwamu 
Wawasan Kadet Remaja Sekolah